Pakaian Seorang Muslimah Sejati

15 Dec

habibi

Seringkali apabila keluar ke bandar atau kampung , kita akan terpandang dengan pelbagai ragam manusia yang pelbagai dan unik.Ada yang berpakaian ala kadar mengikut trend barat, berseluar jeans dengan t-shirt , berjubah dan bertudung litup serta pakaian yang kurang sopan untuk dipakai oleh seorang wanita ynag beragama Islam. Suasana kini makin berubah dengan pelbagai jenis fesyen dan trend pakaian yang pelbagai masuk ke pasaran malaysia antaranya dari negara Arab, Eropah dan Asia.

Senario ini jika dilihat dari sudut yang positif adalah baik kerana memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih dan memakai pakaian yang bersesuaian dengan citarasa dan minat. Namun, persepsi ini silap apabila melihat gelagat remaja lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak menutup aurat menyakitkan suasana dan pemandangan sesuatu tempat.

Dr Abdul Nasih Ulwan dalam kitabnya “ Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam” menjelaskan seseorang insan yang baligh perlu berpakaian menutup aurat apabila keluar dari rumah disebabkan peraturan ini adalah perintah Allah yang tidak boleh kita ingkar.Setiap ajaran Islam berfungsi untuk menjaga dan mendidik seseorang muslim atau muslimah ke arah kebaikan dan bukan bertujuan mengongkong manusia. Akal manusia perlu dipandu dengan Al-Quran dan Sunnah nabi agar kehidupan dipandu dengan syariat.

Seseorang muslimah yang berpakaian menutup aurat iaitu bertudung labuh dan berjubah semasa berada di pelbagai tempat menampakkan kematangan minda wanita tersebut dalam menjaga diri dan penampilan apabila berada di luar rumah. Allah berfirman dalam Al-Quran iaitu “ Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan”. Jadi, sekiranya seseorang muslimah suka berpakaian menutup aurat ia akan disayangi oleh Allah dan Rasullallah S.A.W kerana menjaga syariat Islam. Akhirnya berpakaian itu menjadi ibadah kepada muslimah tersebut. Mudahnya Allah memberi pahala kepada hambanya.

Seseorang muslim akan mencari dan suka wanita yang berpakain menutup aurat untuk di jadikan calon isteri / zaujah agar apabila anak yang dilahirkan nanti dapat ditarbiah mengikut syariat Islam. Barulah terbinanya konsep “Rumah Ku Syurga Ku”. Dalam Islam penekanan terhadap aurat muslimah terlalu diambil berat kerana jika perintah ini dilanggar menyebabkan pelbagai gejala negatif akan timbul.

Membuka dan membaca Sirah Nabawiyah membantu seseorang muslimah mengetahui metod yang Rasullallah S.A.W gunakan dalam mentarbiah isteri-isterinya etika berpakaian menurut syariat. Selain itu, dalam sirah tersebut diceritakan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh muslimah dalam membangunkan keluarga dan masyarakat yang akhirnya tertubuhnya sebuah kerajaan Islam seperti di zaman kegemilangan Islam semasa Rasullallah menjadi ketua negara Islam Madianah Al- Munawarrah.

Ayuh muslimah bangkit , betulkan langkahmu ,maju ke hadapan seiring dengan kemajuan sains dan teknologi di era milenium ini.Usah gusar pandangan dan persepsi negatif sesetengah masyarakat bahawa berpakaian bertudung labuh dan berjubah ketinggalan zaman. Islam tidak menghalang seseorang muslimah berfesyen tetapi perlu dipandu dengan syariat. Usah bertabarruj / bersolek apabila keluar dari rumah kerana perbuatan ini dilarang dalam agama. Tidak ada gunanya cantik pada pandangan manusia tetapi mendapat kemurkaan dari Allah. Fikir dan renungkan kalimah ini baik-baik. Bukan hendak mengajar cuma memberitahu. Dalam hadis Rasullallah S.A.W iaitu ‘ Sampaikan kepada ku walau satu ayat” .Hidup perlu dipandu dengan syariat baru hati menjadi tenang dan gembira.

Pakaian muslimah sejati menghasilkan nilai takwa yang tidak boleh dijual beli. Ubah fikrah agar selari dengan Islam. Pakaian mu menyebabkan lelaki jahil malu apabila berhadapan dengan mu.Pakaian melambangkan personaliti seseorang kerana dalam ilmu psikologi pakaian yang menutup aurat akan memberi seseorang itu berasa yakin, selesa dan selamat berada di luar rumah.Pakaian ini dapat menutup keaiban yang ada di tubuh seseorang. Akhir kalam sekiranya coretan ini menyinggung perasaan golongan muslimah harap dimaafkan. Jika berkesempatan cari dan bacalah novel dibawah ini sebagai sumber inspirasi.

thumb_tautan-hati-2

Novel ini hasil nukilan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin berkelulusan dari UIAM. Novel ini yang bertajuk “ Tautan Hati” mengisahkan kehidupan seorang gadis iaitu Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai rakan-rakannya tertarik dengan keperibadinya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan hanya terletak pada jalan ceritanya yang menarik tetapi kebolehan penulis menerangkan isu-isu yang dipandang remeh oleh masyarakat kita iaitu isu tudung labuh, kaedah pergaulan antara muhrim yang dituntut dalam Islam, soal psikologi dan sebagainya.Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan secara berhikmah. Anda yang membaca novel ini pasti tersenyum puas selepas membaca novel ini. Insyaallah …………..

“Islam Itu Indah Wahai Muslimah”
“Muslimah Pemacu Generasi Bertakwa”
pakaian-seorang-muslimah-sejati

One Response to “Pakaian Seorang Muslimah Sejati”

  1. firdaus26 December 20, 2010 at 10:30 am #

    SYUKRAN .ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: